Sunday, January 17, 2010

Ahli Parlimen PR cari dana sendiri (Sinar)


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terpaksa mencari dana sendiri contohnya seperti mengadakan konsert terbuka untuk aktiviti kawasan masing-masing kerana tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Pusat.


Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk setiap Ahli Parlimen tidak pernah diperoleh oleh parlimen PR dan ia memaksa Ahli Parlimen PR memikirkan cara yang kreatif untuk memperoleh dana. “Oleh itu, tindakan (Ahli Parlimen Jelutong) Jeff Ooi Chuan Aun mengadakan konsert sebagai sesuatu yang amat baik dan bijak, kerana kami ahli parlimen PR tidak dapat sesen pun peruntukan untuk setiap parlimen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Selain itu, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw berkata, tindakan Jeff Ooi mengadakan sebuah konsert untuk mendapat dana adalah hak masing-masing untuk kawasan parlimen mereka. “Apa yang paling penting, ia haruslah melalui saluran yang betul selagi ia tidak menyalahi undang-undang negara, kerana sebelum ini DAP sering mengadakan konsert secara kecil-kecilan dari masa ke semasa, jadi ia terserah kepada setiap individu,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli pula mendakwa wang tersebut sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli parlimen tetapi sebaliknya ia diperoleh oleh Ketua UMNO Bahagian.


“Wang tersebut tidak diberi kepada kita tetapi kepada Ketua UMNO Bahagian, tapi saya tidak tahu, yang pasti wang tersebut memang tidak pernah sampai kepada kita,” katanya. Malam kelmarin, Jeff Ooi telah mengadakan satu konsert dan mendakwa memperoleh sejumlah RM200,000 untuk dana kawasannya.

Monday, January 11, 2010

Masyarakat, Perbandaran & Parlimen

Pada 9 Jnauari 2010 berlansung Forum MUAFAKAT @ Balik Pulau bertajuk Masyarakat, Perbandaran & Parlimen di Muafakat Corner di Kongsi, Balik Pulau. Program tersebut dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh YB Yusmadi Yusoff, Ahli Parlimen Balik Pulau yang menjelaskan tujuan program itu diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan penduduk Balik Pulau serta mengambil peluang untuk pihak bertanggungjawab seperti Ahli Majlis Perbnadaran dan beliau sendiri selaku ahli Parlimen menjelaskan peranan dan perkembangan terkini. Forum tersebut dimulakan oleh perbentangan oleh Prof. Sheikh Zahary yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bertanggungjawab mnegenai hal ehwal Infrastruktur dan Lalulintas. Kemudian disusuli oleh Saudara Felix Ooi juga Ahli Majlis MPPP bertanggungjawab terhadap hal ehwal Perancangan juga merupakan seorang akitek bertauliah.

Majlis dihadiri oleh penduduk tempatan yang terdiri daripada golongan muda dan dewasa yang aktif semasa program tersebut berlansung dengan pelbagai soalan-soalan yang bernas.